'Gaji takdelah sampai RM10,000' - Linda Onn nafi dapat gaji RM45,000 sebulan seperti yang didakwa netizen - The Reporter

‘Gaji takdelah sampai RM10,000’ – Linda Onn nafi dapat gaji RM45,000 sebulan seperti yang didakwa netizen

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Isu bayaran gaji penyampai radio masih menjadi perbualan hangat di media sosial. Terbaru, seorang netizen mendakwa gaji kerjaya berkenaan boleh mencapai hampir RM50,000 sebulan.

“Dulu Saleh Yaacob sebulan RM45,000 waktu prime. Linda Onn pun lebih kurang sama, masa dengan Suria,” demikian komen netizen yang tular.

Komen tersebut mengundang perhatian Linda Onn yang kemudian tampil menafikan dakwaan tersebut.

Menurut Linda, dia tidak pernah mendapat bayaran gaji lebih dari RM10,000 sepanjang berkecimpung dalam kerjaya penyampai radio. Malah, kejayaannya mencapai anugerah penyampai radio popular juga tidak memberi sebarang nilai tambah dalam angka pendapatan bulanannya.

“Haish, pandai-pandai je awak cakap macam tu. Bestnya lah hai kalau betul dapat gaji gitu. Mana Linda pernah dapat gitu, sampai ke sudah pun tak pernah dapat tinggi gitu.

“Dulu menang award pun, nama tengah gah pun, gaji takdelah sampai RM10,000. Bertuah penyampai radio zaman sekarang, sampai jejak RM50,000 – RM100,000 – RM150,000 sebulan.

“Kalaulah bakatku dihargai dulu sampai dapat sebegitu, bestnya,” katanya.

Walaupun begitu, Linda mengakui kualiti penyampai radio pada masa kini adalah berbeza, pendekatan, kehendak pendengar dan keperluan stesen radio juga berbeza berbanding dengan zaman beliau sebelum ini.

Tambahan pula, orang yang sudah terkenal seringkali dipanggil untuk menjadi penyampai radio, yang tentunya menambah nilai kepada mereka.

Dalam pada itu, Linda juga menegaskan bahawa mendapatkan kenaikan gaji semasa beliau aktif bukanlah perkara yang mudah. Beliau perlu menjalani penilaian prestasinya (KPI) sebagai penyampai radio, komitmen dengan acara di lapangan yang dianjurkan oleh pihak stesen radio berkenaan.

Walaupun ada kemungkinan penyampai radio zaman dulu mendapat gaji antara 40k hingga 100k, Linda sendiri tidak pernah mendapat gaji sebanyak itu.

“Mungkin juga zaman dulu ada yang dapat RM40,000-RM100,000. Tapi Linda tak dapat. Kenapa? Kita terima sajalah, mungkin standard Linda tak sampai ke tahap itu.

“Sudah tertulis rezeki Linda sebegitu saja,” katanya.

Sumber: Instagram Linda Onn

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!