Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang penduduk Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan gajah liar yang melintas betul-betul di hadapan rumahnya dalam satu kejadian yang sempat dirakam dan tular di media sosial.
Video berkenaan dikongsi oleh pengguna TikTok @pakdiwan itu menunjukkan beberapa ekor gajah dewasa dan anak gajah berjalan perlahan di halaman rumah pada waktu malam, dipercayai mencari makanan di kawasan tersebut
Gajah-gajah itu dilihat tidak mengganggu kawasan sekitar, namun suasana jelas sunyi dan mendebarkan.
Perkongsian tersebut meraih lebih 450,000 tontonan di TikTok, selain dihujani ribuan komen yang rata-rata kagum dan terkejut melihat haiwan sebesar itu berada begitu hampir dengan kediaman manusia.
- Lelaki terkejut jumpa kucing kurang upaya di Pulau Talang
- ‘Kenapa awak sentuh saya?!’ – Inspektor Sheila didakwa cetus kekecohan di kedai makan?
- Cemas! Wanita nekad terjun dari kereta, takut dipukul suami
- Pensyarah UIAM dakwa Rom belajar bina kapal dari Melayu berpaksikan sumber Arab klasik
- Warden MRSM Serting maut kemalangan ketika pulang dari bertugas
“Gajah ni sebenarnya ingat laluan-laluan yang dia pernah pergi, jadi mungkin tempat ni pernah jadi kawasan yang dia pernah lalu suatu masa dulu. tempat asal hutan, bila dibangunkan maka laluan mereka terganggu. tu yang dia datang jalan dekat dan masuk tempat kita”, komen seorang netizen
Ada juga yang komen dengan memberikan fakta dimana segerombolan gajah akan dipimpin oleh gajah betina yang paling tua manakala gajah jantan, apabila dah matang biasanya akan jalan sendiri dan membentuk kawanan jantan yang tersendiri.
Kampung Lukut sebelum ini dikenal pasti sebagai antara laluan migrasi gajah liar di Johor Timur, dan kejadian seperti ini bukanlah yang pertama berlaku menurut laporan tempatan.
Setakat ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun penduduk diingatkan agar tidak mendekati atau mengganggu haiwan liar tersebut.
Peningkatan insiden kehadiran haiwan liar di kawasan perkampungan dilihat ada kaitan dengan perubahan pada habitat asal akibat pembangunan dan pembukaan tanah berhampiran kawasan hutan.








