Gadis maut, rakan parah selepas motosikal dirempuh lori - The Reporter

Gadis maut, rakan parah selepas motosikal dirempuh lori

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Hasrat dua remaja perempuan pulang ke rumah selepas selesai menghadiri kelas mengaji al-Quran tidak kesampaian selepas mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kampung Gua, Kuala Lipis, kelmarin.

Video kejadian dari kamera papan pemuka dari lori terbabit, turut tular media sosial.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal dan lori itu pada jam 5.50 petang di simpang tiga Jalan Lipis – Merapoh, menyebabkan penunggangnya berusia 14 tahun maut, manakala rakannya mengalami kecederaan parah.

Siasatan polis mendapati, motosikal yang dinaiki kedua-dua remaja itu keluar secara melulu dari simpang tersebut menyebabkan lori yang berada di laluan utama tidak sempat membrek lalu merempuh mereka.

Mayat mangsa dan rakannya yang parah dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk tindakan lanjut. Pemandu lori berusia 58 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Sumber: Buletin TV3

Total
0
Shares
Total
0
Share