'Full package!' - Ramai terpegun dengar suara Amira Othman mengaji Al- Quran | The Reporter

‘Full package!’ – Ramai terpegun dengar suara Amira Othman mengaji Al- Quran

Amira Othman mengaji
Sumber Gambar: Instagram Amira Othman

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kemunculan selebriti Amira Othman di mana-mana platform sering menjadi tumpuan ramai apatah lagi ramai yang mula cuba untuk menggandingkan Amira bersama Fattah Amin sebagai pasangan kekasih.

Hanya kekal tenang menjawab persoalan ramai, kedua-dua mereka bagaimanapun menjelaskan gandingan mereka hanyalah sebagai rakan sekerja.

Malam tadi, dalam satu program Meletop Moreh yang disiarkan di Astro, Amira Othman dijemput sebagai pengacara jemputan yang digandingkan dengan DJ radio, Namie.

https://www.tiktok.com/@angah.9503/video/7477957441662094600?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

Dalam satu segmen bersama Ustazah Asni Mansor, Amira diminta membacakan surah Al- Baqarah ayat 121-122.

Mendengar bacaan daripada Amira, Ustazah Auni memuji alunan bacaan yang dibacakan olehnya. Namie pula sempat mengusik hantaran tinggi yang bakal diterima oleh Amira.

“Ini naik hantaran ni,” usik Namie.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji suara Amira membacakan ayat Al- Quran tersebut dan menyifatkan Amira sebagai seorang wanita yang mempunyai pakej yang lengkap.

Related Posts