Founder kosmetik bakal ambil tindakan mahkamah terhadap pelakon lelaki berkaitan isu rakaman video dalam flight diperbesarkan - The Reporter

Founder kosmetik bakal ambil tindakan mahkamah terhadap pelakon lelaki berkaitan isu rakaman video dalam flight diperbesarkan

Baru-baru ni seorang wanita yang juga merupakan pengasas kosmetik memuat naik satu video gelagat seorang pelakon lelaki yang sedang lena di dalam kapal terbang.

Atas dasar meminati pelakon drama Love You Mr Arrogant itu, wanita ini melakonkan aksi yang sama, lena di kerusi penumpang.

https://www.tiktok.com/@eaeny/video/7299512667155221768?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7301155545964643847

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon berkenaan telah meninggalkan komen pada video tersebut dan memetik nama suaminya.

“Gediknya, sudah-sudah la tu suka sangat kat suami aku,” tulisnya.

Pelakon terbabit turut membalas komen isterinya dan turut memberi amaran kepada wanita ini supaya memadamkan video itu.

“Macam badut sahaja, hanya awak (isteri) sahaja satu-satunya.

“Tolong padam video ini dan jangan ada muka saya. Jangan suka-suka ambil video orang begini kemudian beria sangat,” katanya.

Namun begitu, isu ini menjadi semakin berlarutan apabila kedua-dua pihak dikatakan saling berbalas komen.

Tidak berdiam diri, wanita tersebut mengambil keputusan untuk menggunakan tindakan mahkamah memandangkan isu ini diperbesarkan.

“Saya tak nak panjang bercerita disini sebab kita guna cara professional tindakan balas balik saman.

“Untuk pengetahuan pihak berkenaan, saya tak pernah menggunakan perkataan body shaming terhadap awak dan suami. Dan tidak juga bercerita tentang cerita luar dari topik yang tular mengenai video berkenaan.

“Tetapi pihak anda yang membuka cerita luar dari topik video sebenar yang menyentuh hal peribadi saya dan body shaming saya, membuat fitnah dan sebagainya.

“Seperti mana pihak beliau telah memuat naik cerita fitnah berkenaan peribadi saya, menyentuh cerita tidak betul mengenai hal peribadi saya dan menyentuh bisnes saya. Semua alasan kuat untuk saya guna pakai bagi menentang balik,” katanya.

Sumber: Eaeny Mohd Founder Gerbera

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!