Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pada malam Sabtu, lebih 54,000 orang menonton siaran langsung pelakon Fattah Amin di TikTok. Dalam masa satu jam, beliau menerima 22 juta tanda suka dan banyak hadiah daripada peminatnya.
Fattah, 34, berkata beliau hanya ingin berbual santai dengan peminat walaupun tidak tahu cara mengendalikan siaran langsung. Ini juga merupakan kali pertama beliau melakukan penstriman langsung dan melakukannya dengan lebih baik di masa akan datang.
Malah beliau dalam perancangan untuk melancarkan produk serta membangunkan perniagaan sendiri pada masa depan.
“Semua (pengurusan Fattah) tak tahu tentang ‘live’ atau ‘gift’ di TikTok. Tetapi mungkin selepas ini, kita akan panggil pasukan yang betul sebab kita nak lancarkan produk. Saya tak pernah tengok ‘gift’ macam ini, terima kasih terharu sangat dengan sokongan semua orang,” katanya.
Dalam pada itu. Fattah memaklumkan bahawa beliau sempat melawat anak perempuannya, Fatima, walaupun sekejap. Namun, anaknya itu tidak sihat.
“Doakan Fatima cepat sembuh, kasihan dia. Saya ingin bawa dia jalan-jalan esok, tetapi tidak dapat kerana dia masih sakit. Saya telah menyuruh Fatima makan ubat, harap dia cepat sembuh supaya saya dapat bawa dia jalan-jalan,” katanya.
Walaupun Fattah kelihatan segan dan terkejut dengan sokongan peminatnya, namun dia tetap memberikan kata-kata semangat dan motivasi.
Ramai netizen mendoakan agar Fattah terus tabah dan kuat setelah berdepan perceraiannya dengan pelakon Fazura pada 7 Oktober lalu.
Sumber: Sinar Harian, Kosmo, Ulfah








