Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Perbalahan di antara pelakon Fatiya Latiff dan Zarina Anjoulie masih lagi berlanjutan, susulan tindakan Fatiya secara terbuka mengutuk Zahirah MacWilson di media sosial.
Dalam kenyataan Fatiya hari ini, pelakon berusia 36 tahun itu menegaskan dia tidak berniat nak menghancurkan rumah tangga bekas teman lelakinya, Aiman Hakim dan Zahirah. Ini kerana dia mendakwa teman lelakinya jauh lebih tampan daripada Aiman.
“Bukan saya nak menghancurkan rumah tangga orang. Tapi boyfriend saya lagi ‘hot’ daripada suami dia (Zahirah). Jadi, buat apa saya nak merampas?” kata Fatiya melalui aplikasi TikTok pada Khamis, 11 Januari 2024.
Fatiya juga enggan peduli dengan kecaman netizen susulan daripada tindakannya mengutuk Zahirah. Kecaman itu langsung tidak memberikan sebarang kesan dan hanya membuatkan dia semakin dikenali biarpun ramai yang membencinya.
“Chill lah, muka dia memang macam bibik kan? Saya tak kisah pun apa korang cakap sebab korang yang berada di bawah tapak kaki saya. Sebab itulah saya tak terkesan langsung.
“Korang yang buat saya makin dikenali. Saya tak kisah orang ramai bencikan saya. Saya tak boleh mengawal mereka (netizen), saya tetap dengan pendapat saya,” katanya.
Dalam pada itu, Fatiya mendakwa Zarina pernah menjalinkan hubungan mesra dengan Ismail Izzani.
“Kau (Zarina) cakap apa? Aku tak boleh tahan kalau nanti kau balas dekat aku? Macam bodoh perangai kau. Dah la kau pernah ‘tut’ dengan Ismail Izzani,” katanya tanpa menjelaskan maksud disebalik ‘tut’ membuatkan ramai yang tertanya-tanya.
Zarina mengakui dia tidak mahu melayani kenyataan balas dari Fatiya dan mengambil keputusan untuk menjalani hidupnya seperti biasa bersama tunangnya.
“Ey malaslah nak gaduh. Tunang saya pun dah bising. Saya akan terus move on dan mahu bahagia. Saya harap awak baik-baik saja,” katanya.
Kurang dari sejam yang lalu, Zahirah memuat naik video terbarunya di Instagram yang kini sudah mempunyai lebih dari tiga juta pengikut. Jumlah pengikut Zahirah dipercayai naik mendadak disebabkan tindakan Fatiya.
Dalam video tersebut, Zahirah dilihat begitu elegan dengan busana berwarna hitam dengan menggayakan beg tangan mewah. Ramai netizen mengambil kesempatan memberi kata-kata semangat kepadanya untuk tidak mengambil peduli akan kenyataan daripada pelakon drama Arianna Rose itu.
Sumber: Instagram Zahirah MacWilson, mStar Online, Oh My Media, Astro Gempak