Fatiya Latiff tak kisah wajahnya jadi bualan, terima dengan hati terbuka - The Reporter

Fatiya Latiff tak kisah wajahnya jadi bualan, terima dengan hati terbuka

Fatiya Latiff terima perubahan wajah dengan hati terbuka.
Fatiya Latiff rileks je bila orang cakap pasal wajah dia. Siap terima dengan hati terbuka lagi.

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Fatiya Latiff tidak ambil hati apabila perubahan wajahnya menjadi bualan dalam kalangan netizen. Baginya, perubahan itu adalah perkara biasa yang berlaku seiring peningkatan usia.

Fatiya, atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata, “Wajah saya tak banyak berubah, cuma faktor umur mungkin buat nampak lain. Saya tak kisah orang nak cakap apa sebab itu pandangan masing-masing.”

Pelakon drama Ariana Rose itu menjelaskan, dia tidak marah dengan komen-komen yang diterima, malah menerimanya dengan hati terbuka.

“Saya okey saja, asalkan saya selesa dengan diri sendiri,” ujarnya.

Mengakui pernah menjalani rawatan wajah, Fatiya berkata tujuannya adalah untuk mengekalkan penampilan yang kemas dan segar.

“Saya ada buat rawatan untuk hilangkan ‘eye bags’ dan licinkan kulit, tapi rawatan ekstrem memang tak pernah buat,” katanya.

Selain itu, Fatiya mengaku dia jarang memuat naik hantaran di media sosial kecuali untuk urusan kerja.

“Saya elak baca komen untuk jaga kesihatan mental. Lebih baik fokus pada perkara positif,” jelasnya.

Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!