Fatin Afeefa, Opai gagal tahan sebak saat anak bacakan ikrar di pusat tahfiz | The Reporter

Fatin Afeefa, Opai gagal tahan sebak saat anak bacakan ikrar di pusat tahfiz

Sumber Gambar: Tangkap Layar TikTok Akademi Al-Quran Akmal

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon Fatin Afeefa tidak dapat menahan sebak apabila anak sulungnya, Adam Aisy Arrian membacakan ikrar di sebuah pusat tahfiz Akademi Al-Quran Akmal.

Menerusi perkongsian video dari akademi berkenaan, anak lelakinya itu berdiri sambil membacakan ikrar dan lafaz janji di depan Fatin dan suaminya, Opai.

https://www.tiktok.com/@akademiakmal/video/7433361432848223506?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7432116421754652181

“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk menghabiskan hafazan saya dalam masa satu tahun. Semoga saya ditenangkan hati, dimudahkan urusan, dikuatkan semangat dan diberikan kejayaan oleh Allah untuk menjadi hafiz dalam masa satu tahun,” katanya.

Dalam pada itu, akademi berkenaan menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan yang memilih jalan yang terbaik buat anak mereka.

“Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz.

“Perjuangan kini bermula. Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Quran. Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak. Moga Allah permudahkan langkah mereka,” tulisnya.

Sebelum ini, anak kepada pasangan selebriti Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek tular di media sosial dengan kejayaannya yang bergelar hafiz Al-Quran di akademi yang sama.

Related Posts