‘Dasar pengecut!’ – Farah Salleh dakwa Shuk Sahar tak berani cerai di Malaysia | The Reporter

‘Dasar pengecut!’ – Farah Salleh dakwa Shuk Sahar tak berani cerai di Malaysia

Shuk Sahar dan Fara Salleh bergambar bersama dengan latar belakang pemandangan senja
Shuk Sahar dan Fara Salleh pernah rapat, namun kini hubungan mereka jadi perhatian selepas Fara dakwa Shuk enggan sahkan cerai di Malaysia.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelawak Shuk Sahar sekali lagi mencuri perhatian apabila isterinya, Fara Salleh, tampil membuat pendedahan di Instagram yang mendakwa suaminya enggan menyelesaikan urusan perceraian di Malaysia kerana bimbang dengan tuntutan nafkah.

Menurut Farah, walaupun lafaz cerai telah disebut, namun talak tersebut belum jatuh kerana dia masih dalam tempoh kehamilan. Jelasnya, talak hanya akan berkuat kuasa selepas dia melahirkan anak.

“Anyway, talak akan jatuh selepas aku bersalin,” tulis Farah dalam satu hantaran yang turut menyindir Shuk sebagai pengecut dan tidak bertanggungjawab terhadap nafkah anak.

Farah turut mendakwa Shuk mahu menyelesaikan semua urusan perceraian di luar negara, dipercayai untuk mengelak daripada tuntutan nafkah secara sah di Malaysia. Dia juga mendakwa Shuk sudah lama culas dalam memberi nafkah dan kini cuba lari daripada tanggungjawab.

Lebih mengejutkan, Farah mendedahkan sejak awal kehamilan lagi, Shuk tidak senang dengan berita kandungannya. Malah, dia pernah menyuruh membuang alat ujian kehamilan kerana menganggapnya kotor. Lebih memilukan, Shuk juga didakwa pernah menggelar anak mereka sebagai ‘anak haram’ semasa berada di Paris.

Farah turut menyindir beberapa kenalan Shuk yang menurutnya menyokong tindakan pelawak itu, dan meminta mereka menyampaikan salam kepada keluarga mentuanya di Alma. Dia mendakwa Shuk tidak berani berdepan dengan keluarganya sendiri.

Setakat ini, Shuk masih belum memberi sebarang maklum balas terbuka mengenai dakwaan yang dibuat oleh isterinya itu.

Related Posts