FamilyMart bakal tamatkan kerjasama dengan Israel, tegaskan pendirian tidak menyokong keganasan & peperangan - The Reporter

FamilyMart bakal tamatkan kerjasama dengan Israel, tegaskan pendirian tidak menyokong keganasan & peperangan

Gesaan boikot di media sosial terhadap rangkaian kedai serbaneka FamilyMart kian meluas. Hal ini disebabkan pemegang saham terbesarnya, Itochu Corp, disebut menjalinkan kerjasama dengan Israel.

Kerjasama tersebut juga membuatkan masyarakat di Jepun mengecam perjanjian antara Itochu Aviation dan Israel yang berkait rapat dengan komponen bagi industri pertahanan.

Menyedari kempen boikot tersebut juga semakin berleluasa di Malaysia, FamilyMart Malaysia tampil membuat kenyataan.

“Kami ambil maklum mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di Malaysia.

“Kami dimaklumkan pada 05 Februari 2024 oleh FamilyMart Co.,Ltd Japan bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU tersebut seperti yang dilaporkan dalam berita di Jepun,” tulis kenyataan itu.

Menerusi kenyataan tersebut juga, keputusan itu dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu juga, pihak FamilyMart Malaysia tetap dengan pendirian tidak akan menyokong keganasan atau pembunuhan. FamilyMart juga mendakwa tidak menyumbang atau menderma atau berurusan dengan Israel.

Sumber: FamilyMart

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!