Facebook SPA Negeri Perak digodam, followers terkejut banyak video tidak senonoh dimuat naik sejak tengah hari Isnin - The Reporter

Facebook SPA Negeri Perak digodam, followers terkejut banyak video tidak senonoh dimuat naik sejak tengah hari Isnin

Facebook rasmi milik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak dilaporkan telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Semakan mendapati, akaun tersebut telah digodam sejak jam 12.47 tengah hari Isnin, 16 Oktober.

Penggodam bertindak memuat naik sejumlah video yang menunjukkan beberapa wanita yang hanya memakai pakaian dalam dan melakukan aksi-aksi tidak senonoh.

Kali terakhir SPA Perak mengemaskini akaun Facebooknya adalah pada 27 September lalu mengenai makluman semakan keputusan ujian kecergasan bagi Pembantu Operasi Gred N11.

Ramai pengikut akaun Facebook rasmi itu terkejut dengan video-video tersebut. Ada segelintir netizen berpendapat, kemungkinan pengendali akaun tersebut secara tidak sengaja menekan link yang diberi oleh penggodam.

“Haa.. menjawablah siapa yang menjaga page ini esok. Orang suruh bertugas, bukan pergi klik pautan bukan-bukan,” kata netizen.

“Adui.. kena hack pula. Sudahlah penempatan pun tak tahu lagi ni,” tambah netizen lain.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!