Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kes pembunuhan yang berlaku ke atas bekas penuntut Universiti Pendidikan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini mengejutkan ramai pihak.
Kehilangannya yang dilaporkan oleh seorang rakan berakhir dengan tragedi yang sungguh menyayat hati.
Dan sudah pastinya mereka yang mengenali mangsa dengan sifat yang baik hati sangat terkesan dengan pemergiannya.
Salah seorang kenalan mangsa yang juga pembaca berita tengah malam RTM, Anas Farihin menahan sebak ketika membacakan berita mengenai kematian rakannya itu.
“Ini kali pertama aku menyampaikan berita dimana tahap professionalku betul-betul tercabar. Waktu ni emosi ini perlu dijaga, ekspresi ini perlu dikawal, sebak didada perlu ditahan,” katanya.
Anas menyifatkan Allahyarhamah merupakan seorang yang baik hati dan santun budi pekertinya.
“Faa ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya dan dedikasinya sentiasa diutamakan.
“Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah,” tulisnya.
Sumber: Anas Farihin








