Ebit Lew tidak akan didakwa kerana tiada kes dapat dibuktikan - Peguam - The Reporter

Ebit Lew tidak akan didakwa kerana tiada kes dapat dibuktikan – Peguam

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew mengumumkan bahawa, tiada pendakwaan akan dibuat terhadap Ebit berhubung kes yang didakwa melibatkan pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo.

Laporan polis yang dibuat oleh Mondy pada September 2023 telah disiasat oleh polis dan Timbalan Pendakwa Raya memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan kerana tiada kes yang dapat dibuktikan.

Barangan bukti seperti telefon bimbit dan simkad juga telah dipulangkan semalam.

Bagaimanapun, Akberdin menjelaskan dakwaan fitnah terhadap Ebit adalah serius dan telah mencemarkan nama anak guamnya.

Kes saman fitnah terhadap Mondy masih berlanjutan di Mahkamah Shah Alam. Dan pada 1 Julai depan, mahkamah akan menentukan kuantum ganti rugi yang perlu dibayar oleh Mondy.

Oktober 2023, media melaporkan kertas siasatan mengenai dakwaan kes rogol dan gangguan seksual yang melibatkan Ebit telah diserahkan kepada Peguam Negara (AGC).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan kedua-dua kertas siasatan itu telah dirujuk kepada AGC untuk tindakan lanjut.

Pada 29 September tahun yang sama, Mondy Tattoo adalah salah seorang daripada 10 individu yang memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes rogol yang melibatkan Ebit Lew.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!