'e-Hailing sepatutnya untuk tambah pendapatan sampingan, bukan kerjaya tetap' - Rafizi Ramli - The Reporter

‘e-Hailing sepatutnya untuk tambah pendapatan sampingan, bukan kerjaya tetap’ – Rafizi Ramli

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berpandangan bahawa konsep dan tujuan e-hailing di negara ini seharusnya dijadikan sebagai alternatif untuk menambah pendapatan. Bukannya sebagai sumber pendapatan utama, terutamanya bagi individu yang mempunyai kelayakan tinggi.

Seseorang individu itu akan rugi jika melepaskan peluang dan bakat mereka untuk bekerja di sektor yang lebih sesuai dengan kelayakan mereka.

Kehadiran ekonomi gig melalui e-hailing adalah bagus untuk menambah pendapatan, tetapi hanya sesuai untuk beberapa tahap kemahiran.

Dalam situasi terkini di mana pertambahan bilangan e-hailer yang didominasi oleh sebuah syarikat telah menyebabkan ia tidak memihak kepada pekerja ekonomi gig.

Ini kerana, apabila lebih ramai individu terpaksa menjadi e-hailer, syarikat tersebut mendapat kelebihan untuk menetapkan kadar upah.

“Bagi dia (syarikat), ‘Aku turunkan (upah), kau tak nak, banyak lagi yang nak’. Mereka kena faham bahawa syarikat ini telah menghabiskan berbilion ringgit untuk jadi dominan dan sekarang mereka kena dapatkan pulangan.”

Bagaimanapun, kerajaan akan melihat perkara ini secara menyeluruh untuk mencari penyelesaian yang adil bagi kedua-dua pihak.

Oleh itu, adalah penting bagi pekerja untuk mempertimbangkan peluang dan bakat mereka sebelum memilih untuk menjadi seorang e-hailer sepenuh masa.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!