'Duo menjadi trio' - Shiera kini penyampai radio Sinar FM | The Reporter

‘Duo menjadi trio’ – Shiera kini penyampai radio Sinar FM

Shiera penyampai radio Sinar FM
Shiera bakal digandingkan dengan Hefny dan Falyq bagi slot petang. Gambar: Instagram Sinar FM

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


​Sharifah Shahirah, yang lebih dikenali sebagai Kak Rara atau Shiera, beberapa bulan lalu telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya sebagai penyampai radio di Suria FM selepas tujuh tahun berkhidmat.

Bagaimanapun, Shiera kembali menjadi tumpuan ramai apabila dikhabarkan telah menjadi ‘suntingan’ stesen radio Sinar FM pula.

Menerusi hantaran di Instagram stesen radio berkenaan, Shiera bakal digandingkan dengan penyampai radio Hefny dan Falyq.

“Anda semua akan tahu siapa yang akan on air bersama dengan Hefny dan Falyq selepas ini! Duo menjadi Trio,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram Shiera pula, beliau juga memaklumkan akan mula berkhidmat di stesen radio berkenaan mengendalikan slot petang.

“Waktu seronok dah habis. Maasa untuk seronok kerja tempat baru pulak di Sinar, pukul 3.00 hingga 7.00 petang.

“Semoga dilindungi dan dipermudahkan urusan,” katanya.

Baru-baru ini juga, Shiera telah menjadi penyampai radio undangan di stesen radio Era menggantikan tiga penyampai radio era iaitu Nabil, Azad dan Radin yang direhatkan susulan isu kontroversi.

Related Posts