Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Petang semalam, sebuah kereta milik seorang peniaga hangus dalam kebakaran yang terjadi menjelang waktu berbuka puasa.
Menurut TikToker Amalina Said, kejadian itu menyaksikan peniaga terbabit berusaha menyelamatkan barangan niaganya, dipercayai kuih raya, dari tempat duduk belakang kenderaannya.
“Allahuakbar. Ujian Ramadan buat pakcik ini. Sedaya upaya dia cuba selamatkan barang-barang niaga. Suami cuba padamkan api guna alat pemadam yang memang ada dalam kereta kami, tapi api kembali marak. Kecewa tak dapat bantu pakcik itu,” katanya.
Suami Amalina segera mencari nombor telefon balai bomba terdekat melalui Google. Kurang 10 minit selepas dihubungi, pihak bomba tiba, namun kenderaan peniaga itu sudah musnah sepenuhnya.
Kejadian itu mencetuskan rasa simpati dalam kalangan netizen yang menyeru nama beberapa individu berpengaruh untuk tampil membantu mangsa. Seruan mereka kemudian mendapat perhatian Founder Misi yang terus bertolak pada awal pagi Ahad ke Segamat, untuk bertemu dengan Pakcik Hamidi di kediamannya.
- Suspek rempuh polis ditahan kurang 24 jam, rupanya ada 20 rekod jenayah
- ‘Berani mereka kata nak ambil alih Pulau Pinang?’ – Teresa Kok
- ‘Orang ingat kerja di Singapura senang & kaya…’ – Pekerja Malaysia luah tekanan bila Ringgit makin kuat
- ‘Saya akan menang, you wanna bet with me?’ – Pandikar Amin
- ‘Si Cacat sudah tiada’
Menurut bapa tunggal berusia 50-an itu berkata, kejadian berlaku selepas dia pulang dari kilang kuih raya. Dia hanya sempat menyelamatkan barangan jualan sebelum api merebak.
“Saya periksa semua sebelum jalan, air, minyak hitam bagai. Perjalanan pergi selamat, perjalanan balik tiba-tiba ada bau benda terbakar, bau hangit dan kemudian berasap. Saya terus berhenti di tepi jalan. Kereta Honda CRV model 2002, saya beli secondhand dan dah guna hampir 10 tahun,” katanya.
Tersentuh dengan nasib yang dialami Pakcik Hamidi, Founder Misi mengumumkan bahawa pihaknya akan membelikan sebuah kenderaan baharu untuk meringankan beban Pakcik Hamidi hari ini, menggunakan dana syarikat tanpa membuka tabung sumbangan orang ramai.
“Maaf, saya tak buka tabung sumbangan. Saya tahu ramai nak bantu, tapi kita akan beli kereta ini guna duit perniagaan Misi. Ini kerana saya tekad nak jadikan syarikat ini untuk kembalikan keuntungan kepada rakyat dan negara. Jika nak menyokong, cukup sekadar install aplikasi Misi dan guna Food Delivery,” katanya.








