Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang pemandu kereta BMW direman selama tiga hari selepas terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan nyawa dua orang guru dalam kejadian jam 2.30 pagi, di Jalan Permatang Baru, Kepala Batas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, siasatan awal pihaknya mendapati suspek memandu di bawah pengaruh alkohol.
Sebelum kejadian, suspek dalam perjalanan dari Sungai Lokan, Butterworth, menuju ke Kepala Batas.
Tiba di lokasi, pemandu BMW dikatakan hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah Perodua Myvi yang dinaiki dua guru lelaki terbabit dari arah bertentangan.
Akibat dari pertembungan itu, kedua-dua mangsa, Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31, dan rakannya, Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah.
Suspek telah direman untuk membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Malaysia Gazette
Gambar: Info Semasa