Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera selepas diserang seorang penjaja ketika menjalankan pemeriksaan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Benteng, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Kejadian itu menjadi tumpuan selepas video yang tular di media sosial memaparkan seorang penjaja bertindak agresif, termasuk menggigit tangan salah seorang anggota DBKL.
Dalam satu kenyataan, DBKL menegaskan insiden ini mencerminkan cabaran yang dihadapi pihak penguat kuasa dalam memastikan bazar beroperasi secara teratur dan mengikut peraturan.
- Jet Pejuang Korea Selatan tersilap jatuhkan bom, 15 cedera
- Bil elektrik dijangka naik? Ini penjelasan Kerajaan
- Dua anggota DBKL diserang, digigit penjaja ketika ops pemeriksaan di bazar Ramadan
- Harga santan naik bukan kerana bekalan kurang, tetapi harga kelapa naik – Mat Sabu
- Mahkamah Thailand bebaskan Eda Ezrin daripada pertuduhan miliki 6,059 biji pil yaba
“Kami mengambil serius kejadian ini dan menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan hanya dikenakan terhadap penjaja yang beroperasi tanpa lesen, selepas diberikan teguran serta notis sewajarnya,” menurut kenyataan itu.
DBKL menjelaskan bahawa peluang berniaga di bazar Ramadan terbuka kepada semua, dengan kadar sewaan tapak yang berpatutan. Langkah penguatkuasaan diambil bukan hanya untuk mengawal kesesakan, tetapi juga bagi melindungi hak penjaja berlesen serta memastikan keselesaan warga kota.

“Namun, terdapat segelintir individu yang bertindak memprovokasi dan menggunakan kekerasan terhadap petugas kami. Dua laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan suspek telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” jelas DBKL.
DBKL menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan agresif terhadap petugasnya dan akan terus menjalankan penguatkuasaan secara adil serta tegas bagi memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai bandar yang tersusun, bersih, dan selamat.
Sumber: Majoriti