Dr Izzar tegur tindakan Nadzmi Adhwa | The Reporter

Dr Izzar tegur tindakan Nadzmi Adhwa

Dr Izzar menegur tindakan Nadzmi Adhwa menularkan video di kaunter klinik kesihatan
Gambar: Instagram Dr Izzar

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar, menegur tindakan pelakon Nadzmi Adhwa yang menularkan rakaman menunjukkan kaunter di sebuah klinik kesihatan kosong ketika waktu rehat.

Dr Izzar mempersoalkan tindakan Nadzmi yang disifatkan tidak peka terhadap waktu rehat petugas kesihatan.

“Dah nak tahun 2026, tapi masih ada yang viralkan kaunter di fasiliti kesihatan kononnya tiada staf pada waktu rehat tengah hari?

“Kaunter hospital (bahagian kecemasan): staf sedang menguruskan kes kecemasan. Syukur anda masih mampu menunggu sambil ambil gambar kaunter.

“Kaunter klinik kesihatan: staf sedang berehat, makan, atau solat. Mereka juga manusia, perlu rehat,” jelasnya.

Dalam hantaran video berkenaan, Nadzmi merakamkan lima kaunter yang kelihatan kosong tanpa petugas. Bagaimanapun, video berkenaan didapati sudah dipadam.

“Kaunter ada lima, semua tutup. Oh, tengah lunch rupanya. Ini bukan contoh, ini betul-betul,” katanya.

Hantaran itu kemudian dibalas oleh seorang individu dipercayai kakitangan di klinik berkenaan.

“Rasanya abang sendiri yang tanya saya tadi sama ada sekarang waktu lunch ke tidak. Saya dah beritahu kami masih rehat. Pukul 1.30 kaunter buka semula.

“Tapi apa motif statement abang dengan video tu? Jawapan saya masih tak memuaskan ke?” soalnya.

Baca juga:

Mengulas lanjut isu tersebut, Dr Izzar turut menitipkan semangat buat petugas kesihatan yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“Kepada semua staf kesihatan, kita memang sentiasa diuji dengan ketidakpuasan hati individu yang memberi komen tanpa usul periksa (tabayyun).

“Tak apa, itu masalah mereka. Yang penting, kita sendiri, rakan sekerja serta ketua tahu apa yang kita buat itu tidak salah.

“Sentiasalah ikhlas dalam bekerja. Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita cari rezeki halal untuk keluarga. Kita tak boleh ubah mereka, tapi kita boleh ubah mentaliti kita,” katanya.

Related Posts