'Doorgift' anak ayam berwarna di kenduri kahwin cetus kontroversi | The Reporter

‘Doorgift’ anak ayam berwarna di kenduri kahwin cetus kontroversi

Anak ayam berwarna dijadikan doorgift di kenduri kahwin, cetus kontroversi di media sosial.
Doorgift anak ayam berwarna di kenduri kahwin cetus kontroversi dan dikecam NGO.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Musim kenduri perkahwinan kini semakin rancak berlangsung, khususnya bersempena cuti sekolah dan cuti umum yang panjang. Selain hidangan kenduri yang menjadi tumpuan utama, door gift buat tetamu juga tidak kurang pentingnya dan sering dinantikan.

Jika dahulu door gift sinonim dengan gula-gula, bunga telur atau bekas kecil berisi makanan, kini ia semakin kreatif dengan pelbagai bentuk dan corak. Namun, baru-baru ini muncul trend yang menimbulkan perdebatan apabila ada pasangan pengantin memilih untuk menjadikan anak ayam berwarna hidup sebagai door gift buat tetamu.

Fenomena itu segera mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Ada yang menganggap ia unik dan menarik perhatian, namun tidak kurang juga yang menyifatkannya sebagai keterlaluan serta membahayakan kebajikan haiwan.

Sebuah NGO, Stray Free Foundation tampil mengkritik keras pemberian anak ayam berwarna sebagai doorgift, menyifatkannya sebagai eksploitasi haiwan yang tidak berperikemanusiaan. Menurut badan itu, proses mewarnakan bulu anak ayam menggunakan pewarna kimia boleh menyebabkan tekanan, kecederaan malah risiko kesihatan yang serius kepada haiwan tersebut.

Dalam kenyataannya, Stray Free Foundation menegaskan tindakan itu boleh dianggap sebagai kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) kerana menjadikan haiwan sebagai barangan pemberian termasuk dalam kategori eksploitasi serta kegagalan menjaga kebajikan haiwan.

“Di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772), menjadikan haiwan peliharaan sebagai door gift adalah kesalahan kerana ia termasuk dalam kategori eksploitasi & kegagalan menjaga kebajikan haiwan.

“Hukum mewarnakan haiwan untuk tujuan perniagaan atau sekadar kehendak nafsu semata-mata adalah haram. Hal ini kerana, ia merupakan suatu bentuk penganiayaan dan kezaliman terhadap haiwan atas sebab kandungan bahan kimia yang terkandung dalam semburan cat itu berkemungkinan boleh menjejaskan kesihatan haiwan tersebut malah boleh membunuhnya pula,” katanya.

Baca juga:

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video tetamu berkongsikan pengalaman menerima anak ayam berwarna sebagai cenderahati daripada tuan rumah, yang pada mulanya dianggap unik dan kreatif.

@yayameida2

dah takde benda lain? sampai haiwan hidup kalian pilih jadikan doorgift?

♬ Instrumen Sedih – Khalif Arkhan

Sumber: stray.feefoundation

Related Posts