Disangka hilang, rupanya tidur rumah kawan - The Reporter

Disangka hilang, rupanya tidur rumah kawan

Kehilangan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang tujuh hari lalu terjawab apabila beliau sebenarnya menginap di rumah rakannya.

Remaja berkenaan, Muhammad Adi Putra berada di rumah kawannya di Kampung Merual, Seri Menanti iaitu kira-kira 13 kilometer dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, Adi Putra telah pulang ke rumah keluarganya di Ampang Tinggi kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

“Sepanjang tinggal di rumah rakannya itu, dia berada dalam keadaan selamat, sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Remaja itu telah selamat pulang ke rumah keluarga,” katanya.

Terdahulu, tular mengenai kehilangan seorang remaja berusia 17 tahun sejak 11 Julai lalu.

Lokasi terakhir dia dilihat adalah sekitar Ampang Tinggi dekat Tanjong Ipoh dengan memakai baju kemeja-t lengan pendek warna hijau, seluar pendek warna hitam dan berselipar.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!