Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Trend meminta sedekah di media sosial semakin menjadi-jadi dengan pelbagai kisah sedih yang direka untuk meraih simpati. Individu tidak bertanggungjawab hanya bermodalkan ayat-ayat seperti “Anak perlukan susu,” “Dapur di rumah sudah tidak berasap,” dan “Ahli keluarga sakit” untuk menipu orang ramai.
Seorang pengguna media sosial yang tidak didedahkan namanya, berkongsi pengalamannya di platform bagaimana dia menjadi mangsa penipuan oleh seorang peminta sedekah.
“Aku pantang betul trend minta sedekah kat media sosial ini. Modal muka sedih, gambar anak entah rembat dari mana. Tabur ayat copy paste, terus ramai derma,” katanya.
Menurut pengadu, modus operandi golongan ini adalah meminta amaun kecil supaya orang tidak rasa berat untuk membantu. Namun, jika mereka meminta RM50 dari 10 orang setiap hari, jumlahnya boleh mencecah RM500 sehari.
“Akaun media sosial pula ada banyak. Kau block satu, naik lagi yang lain menempel kat ruang komen atau dalam group komuniti,” tambahnya.
Ahmad juga menceritakan bagaimana dia pernah terkena dengan skrip “Saya nak beli susu RM80, tapi kalau dapat RM50 pun jadilah”. Selepas dia membuat pemindahan wang, peminta sedekah tersebut terus menyekatnya.
“Aku stalk guna akaun kawan. Elok je dia update media sosial meminta-minta menggunakan alasan yang sama, ‘Nak beli susu anak, tak cukup RM50’.
“OKU pun gigih buat kerja cari rezeki halal. Orang lain bergolok gadai harta dan nyawa, naik motosikal meredah hujan, siap ada yang kemalangan. Tetapi tup-tup kena kencing dengan penipu bermodalkan skrip sama. Up status kat media sosial sambil golek atas katil,” jelas Ahmad.
Pengguna media sosial dinasihatkan selalu mengambil langkah untuk menyemak latar belakang individu yang ingin dibantu sebelum menghulurkan bantuan. Ini bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
Sumber: Siakap Keli, Pengadu








