Dihalang masuk ke kediaman, isteri Taib Mahmud buat laporan polis - The Reporter

Dihalang masuk ke kediaman, isteri Taib Mahmud buat laporan polis

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Allahyarham Abdul Taib Mahmud membuat laporan polis selepas mendakwa dihalang daripada memasuki kediamannya di Kuching oleh pengawal pada minggu lalu.

Raghad Kurdi, menerusi hantaran di Instagram menyatakan pada hari kejadian beliau ke Kuching bagi melawat pusara suaminya serta menyampaikan sedekah jariah bagi pihak suaminya.

Bagaimanapun, setibanya di kediaman tersebut, pengawal bertugas memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan beliau masuk.

“Kami dihalang ketika sampai di pintu pagar dan pengawal memberitahu saya mereka tidak mempunyai kebenaran untuk membenarkan saya masuk.

“Tetapi Alhamdulillah, pengawal yang baik hati membenarkan saya masuk. Allah akan sentiasa melindungi dan membela mereka yang dizalimi,” katanya.

Kongsinya juga, beliau sedih apabila melihat keadaan pusara seperti tidak dilawati oleh sesiapa semenjak dikebumikan.

Menerusi hantaran tersebut juga turut dikongsikan beberapa keping gambar beliau Ketika berada di pintu pagar kediaman dan semasa melawat pusara Taib Mahmud.

Buat laporan polis

Susulan kejadian itu juga, beliau telah membuat laporan polis termasuk permohonan yang perlu di mahkamah.

“Saya lakukan semua ini dengan berat hati, saya tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa. Beliau (Taib) suami saya, tapi saya perlu merekodkan perbuatan memalukan dilakukan terhadap saya dan menuntut keadilan.

“Saya tahu saya tidak pernah berkongsi cerita saya sebelum ini, tetapi sudah tiba masanya untuk berbuat demikian,” katanya.

Sumber: raghadtaib

Total
0
Shares
Total
0
Share