Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang guru wanita yang dikenali sebagai ‘Teacher Sya‘ telah mengeluarkan notis tuntutan terhadap seorang ibu murid yang didakwa telah menyebarkan fitnah sehingga menjejaskan reputasinya. Tuntutan tersebut menuntut pampasan sebanyak RM500,000 sebagai ganti rugi atas kerosakan reputasi dan kecederaan emosi yang dialami.
Artikel berkaitan:
- Ibu panik anak hilang di sekolah, dakwa guru buat acuh tak acuh?
- ‘Takde pun saya dengar boo?’ – Saksi tampil nafi dakwaan ibu murid terhadap guru
Notis tuntutan itu turut meminta pemberhentian serta-merta segala bentuk gangguan dan penerbitan kenyataan fitnah terhadap dirinya. Beliau menyatakan fitnah tersebut telah mencemarkan maruahnya sebagai seorang guru dan memberi kesan kepada kehidupan peribadi serta keluarganya.
Dalam notis itu, pihak yang dituntut diberikan tempoh tujuh hari untuk membayar ganti rugi berjumlah RM500,000 kepada Sya. Notis tersebut juga menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi dalam tempoh yang ditetapkan.
Sya mengambil tindakan undang-undang ini setelah mendapati reputasinya tercemar akibat penyebaran fitnah yang didakwa telah mempengaruhi pandangan masyarakat terhadap dirinya. Tindakan ini juga dilihat sebagai langkah mempertahankan maruahnya sebagai seorang pendidik.
Boleh selesai cara baik tetapi..
“Sebenarnya benda ini sangat kecil bagi saya dan boleh diselesaikan dengan cara baik. Saya bukannya seorang yang kejam. Tetapi apabila maruah saya sebagai seorang guru dipijak-pijak seperti iada harga, muka saya ditularkan seperti saya tiada ibu bapa di kampung untuk melihat.
“Awak kaitkan hal peribadi saya dengan kejadian. Jadi, ini jalan terakhir saya untuk awak. Semoga perkara ini menjadi iktibar untuk semua netizen di luar sana. Jangan mudah sangat untuk menyalahkan orang tanpa usul periksa.


“Terlajak perahu boleh berundur, tetapi telajak kata, LOD sampai. Awak jual, saya beli. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Dua lagi LOD akan sampai pada awak,” katanya.
Kes ini menjadi perhatian netizen yang mengikuti perkembangan tuntutan tersebut di media sosial. Ramai yang memberikan pelbagai pandangan mengenai tindakan yang diambil oleh Teacher Sya dalam usaha membersihkan namanya daripada dakwaan fitnah tersebut.