Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Suspek bagi kes pembunuhan melibatkan seorang wanita Nur Farah Kartini Abdullah, sudah ditahan polis.
Sudah pastinya kes ini memberikan kesan yang cukup mendalam buat keluarga arwah dan juga rakan-rakannya.
Sebelum ini, media melaporkan suspek merupakan teman lelaki mangsa.
Namun begitu, perkara ini dinafikan oleh rakan-rakannya.
Menerusi beberapa hantaran tular, rakan-rakan mangsa menyatakan suspek bukan teman lelaki mangsa sebaliknya suspek meminati mangsa tetapi ditolak.
“Dia bukan teman lelaki Farah. Dia nak Farah tapi Farah tak nak kat dia,” kata rakannya.
Sementara itu, dalam satu hantaran menyatakan mangsa yang merupakan anak bongsu dari tujuh beradik nekad bekerja sambilan selepas tamat pengajian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi membantu ibu dan neneknya di kampung.
Sumber: Jaringan X, Fareez Azman








