'Dia hilang mak di usia 5 tahun, kini anak di usia 22’ | The Reporter

‘Dia hilang mak di usia 5 tahun, kini anak di usia 22’

Gambar mangsa kemalangan di Bera meratapi pemergian anaknya.
Gambar: Facebook Nor Azahar

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Luahan pilu seorang lelaki, dipercayai abang kepada mangsa kemalangan maut di Bera yang meragut nyawa seorang bayi perempuan berusia 11 bulan, mengundang rasa sebak ramai netizen di media sosial.

Dalam hantaran yang tular itu, lelaki berkenaan menzahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap pemilik lembu yang dikatakan menjadi punca kemalangan terbabit.

“Kepada tuan lembu… ini adik aku. Yang meninggal tu anak dia. Mesti kau bahagia kan sekarang ni sedangkan adik aku kehilangan anak sulung dia, yang manja dengan dia, yang selalu tunggu dia balik kerja,” tulisnya penuh emosi.

Bertambah pilu, lelaki berkenaan juga mendedahkan adiknya yang baru berusia 22 tahun pernah kehilangan ibu sewaktu kecil, dan kini terpaksa menanggung pula kehilangan anak tersayang.

“Ini adik bongsu aku. Di usia 5 tahun dia kehilangan mak. Sekarang di usia 22 tahun dia kehilangan anak sulung yang baru berusia 11 bulan,” katanya lagi.

Baca juga:

Lelaki itu turut memaklumkan adiknya masih trauma dan sering menyalahkan diri sendiri atas kematian anaknya.

“Kalau tuan lembu tu tahu apa kami hadap… dia selalu salahkan diri dia atas kematian anak dia. Kalau ada yang kenal tuan lembu tu, meh jumpa adik aku. Walaupun kau tak dapat kembalikan nyawa anak buah aku, biarlah dia tahu rasa apa kami rasa,” luahnya.

Terdahulu, satu kejadian kemalangan menyayat hati berlaku di Kilometer 21 Jalan Temerloh–Bera, apabila kereta dinaiki pasangan suami isteri bersama bayi mereka terbabas selepas dipercayai mengelak seekor lembu di jalan raya.

Kejadian tersebut menyebabkan bayi perempuan mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Related Posts