'Dia cabar Syokib yang hina mak dia' - Kenalan dakwa anak Makcik Kemboja bukan cabar netizen - The Reporter

‘Dia cabar Syokib yang hina mak dia’ – Kenalan dakwa anak Makcik Kemboja bukan cabar netizen

Susulan tular video seorang lelaki yang mencabar seseorang untuk bersemuka dengannya kerana tidak berpuas hati ibunya yang juga merupakan Makcik Kemboja, dihina di media sosial, tampil seorang individu meminta video tersebut dipadamkan segera.

Menurut individu bernama Azzim Azman itu berkata, dakwaan yang mengatakan lelaki itu mencabar netizen adalah tidak benar dan fitnah.

“Saya minta jasa baik akak delete video berkenaan anak Makcik Kemboja itu. Anak dia tak cabar netizen pun. Anak dia cabar Syokib, sebab Syoki menghina mak dia,” katanya.

Jelas Azzim lagi, Syokib adalah bekas pekerja kilang dan banyak dibantu oleh Makcik Kemboja. Namun kini telah berpaling arah dengan mengutuk dan menghina ahli perniagaan itu.

https://www.tiktok.com/@liamadalia/video/7304092493501533442

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku menyebabkan anak wanita berkenaan tampil mencabar Syokib untuk bersemuka di kilang.

Dalam mesej yang dihantar secara peribadi itu, Azzim turut menasihatkan wanita berkenaan memadamkan video tersebut sebelum anak ahli perniagaan terbabit mengambil tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, wanita itu tidak gentar dan enggan memadamkan video tersebut. Malah dia turut mempersoalkan tindakan dua beranak itu memuat naik content berunsur penghinaan terhadap bangsa Melayu terlebih dahulu.

Terdahulu media sosial digemparkan dengan kenyataan seorang ahli perniagaan wanita berasal dari Kemboja yang mendakwa bangsa Melayu pemalas berbanding orang Kemboja.

Perbuatannya itu mengundang kemarahan ramai yang kemudian membuat 17 laporan terhadap wanita tersebut. Polis Diraja Malaysia juga telah membuka kertas siasatan atas dakwaan menimbulkan kenyataan yang mengapikan suatu perkauman.

Sumber: TikTok Lia Madalia

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!