Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Demi tanggungjawab sebagai pelajar, seorang penuntut di Universiti Malaysia Pahang sanggup meredah banjir dengan menaiki sampan dan motosikal dan kereta semata-mata mahu menghantar tugasan universiti.
Menerusi perkongsian gadis ini di TikTok syahirah_mz, dia berkongsikan momen bersama adiknya mendapatkan capaian internet di Kota Bharu.
“Hari bersama saya, keluar cari wifi (rumah internet perlahan) untuk hantar assignment.
“Adik saya sangat memahami, dia punya usaha dayung bot, tiba-tiba jalan nak keluar tiang elektrik jatuh, terpaksa guna laluan jauh sikit,” katanya.
Bukan hanya menggunakan sampan dan motosikal untuk mendapatkan internet, malahan mereka terpaksa menaiki kereta pula untuk ke bandar Kota Bharu kerana dikatakan bandar Tumpat kebanyakan tempat dinaiki air.
“Sampai tempat motosikal, inilah tempat kami semua letak kenderaan sebab tempat ni tinggi. Jalan kaki dulu untuk ke tempat motosikal. Sampai ke tempat motosikal pergi ke tempat kereta pula,” katanya.
Rata-rata memuji usaha dan tanggungjawab gadis berkenaan untuk menyiapkan tugasan dan amanah yang diberikan walaupun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan.








