DBKL sita penjaja air balang di Dataran Merdeka | The Reporter

DBKL sita penjaja air balang di Dataran Merdeka

Petugas DBKL menyita penjaja air balang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Gambar: Facebook DBKL

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa pihaknya telah melaksanakan tindakan sitaan terhadap aktiviti penjajaan air balang yang dikesan di sekitar Dataran Merdeka pada 14 Februari 2026.

Menurut kenyataan DBKL, tindakan penguatkuasaan itu diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa memandangkan Dataran Merdeka merupakan kawasan larangan penjajaan.

DBKL menegaskan larangan tersebut bertujuan menjaga imej, kebersihan serta nilai warisan lokasi berkenaan yang menjadi kebanggaan warga kota dan tarikan pelancong.

“Terdapat aktiviti penjajaan air balang di sekitar Dataran Merdeka pada 14 Februari 2026 dan tindakan sitaan telah dilaksanakan oleh petugas DBKL selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Adalah diingatkan bahawa Dataran Merdeka merupakan kawasan larangan menjaja bagi menjaga imej, kebersihan serta nilai warisan kawasan ini yang menjadi kebanggaan warga kota dan pelancong,” katanya.

Baca juga:

Sehubungan itu, DBKL mengingatkan orang ramai agar tidak membeli daripada penjaja haram serta bersama-sama memainkan peranan memastikan kebersihan kawasan awam sentiasa terpelihara.

“Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya kekal bersih, selamat dan sejahtera untuk dikunjungi,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial rungutan orang ramai mengenai deretan gerai yang didakwa mengganggu pemandangan ikonik Bangunan Sultan Abdul Samad.

@hazwanhfiz

Macam mana tetiba boleh ada bazar menjelang malam depan Bangunan Sultan Abdul Samad ni? Pemandangan & bangunan dah lawa dah, tapi kacau pulak dengan perniagaan seperti ini. Jangan biarkan, mulakan & biasakan. Cegah sebelum merebak. DBKL mohon pantau.

♬ kavkaz prod. starly – тгк: prod. starly
Related Posts