Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Walaupun penguatkuasaan sering dijalankan untuk memberi peringatan kepada peniaga agar tidak menggunakan ruang awam untuk perniagaan, masih ada segelintir yang berterusan melanggar peraturan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini mengambil tindakan tegas dengan menyita barangan perniagaan milik dua penjaja yang menggunakan tempat awam di sekitar Sri Petaling. Antara barangan yang disita termasuk kerusi, meja, payung, khemah, dan gas memasak.
Dalam kenyataan di Facebook, DBKL memaklumkan operasi khas itu melibatkan Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal serta Pejabat Cawangan Seputeh.
Tindakan tersebut diambil selaras dengan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 bagi memastikan peraturan dipatuhi.
Tindakan DBKL ini mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen. Ramai memuji langkah tegas tersebut dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada peniaga lain agar lebih bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan ruang awam demi kepentingan peribadi.
‘Teruskan cuci KL’

‘Khemah-khemah biru tu dah ada semula’

‘Semua bangsa kena’

Orang awam yang ingin membuat aduan atau menyalurkan maklumat boleh berbuat demikian melalui pautan https://adukl.dbkl.gov.my. Gambar berkaitan operasi ini akan dikongsi dalam laporan penuh.








