'Daripada Khairul Aming, saya lebih memilih Vivy dapat dana Khazanah' - Individu tak setuju KA layak diberi dana - The Reporter

‘Daripada Khairul Aming, saya lebih memilih Vivy dapat dana Khazanah’ – Individu tak setuju KA layak diberi dana

Pempengaruh dan juga usahawan, Khairul Aming mencipta rekod terpantas apabila berjaya menjual produk keduanya, Dendeng Nyet Berapi sebanyak RM1.2 juta dalam tempoh tiga minit 39 saat di jaringan TikTok.

Kejayaan beliau dalam jualan produk kedua itu dikagumi ramai. Promosi yang digunakan hanya merakamkan disebalik tabir pembikinan produk tersebut tanpa menggunakan selebriti atau pempengaruh besar yang lain. Ada yang melihat Khairul Aming selayaknya mendapat dana daripada Khazanah.

Namun, disebalik kenyataan itu, ada yang mempertikaikan kelayakan Khairul Aming mendapat dana tersebut. Katanya, dia lebih memilih ushawan terkenal, Vivy yang dianggap layak menerima dana dari Khazanah.

https://twitter.com/reconnuissance/status/1753617677133004913?s=20

“Daripada dia (Khairul Aming), saya lebih suka jika ia diberikan kepada Vivy. Dia menerima pekerja dari pelbagai latar belakang dan bekerjasama dengan keluarga diraja.

“Dia juga memperluaskan jenamanya di seluruh Asia Tenggara. CNN ada sebutkan namanya dan Malaysia. Apa yang ditawarkan Khairul Aming ni?” katanya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut dikecam ramai dan masih menganggap Khairul Aming sebagai salah satu ikon yang wajar diberikan perhatian atas usahanya membangunkan produk tempatan.

Selain itu juga, netizen menyatakan tidak perlu untuk membandingkan antara dua usahawan tersebut yang ternyata mempunyai latar belakang yang berbeza.

Sumber: X

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!