Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah di mana-mana universiti adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kemampuan seseorang pelajar.
Tidak dapat dinafikan kesibukan sebagai pelajar kadangkala membataskan masa untuk menyiapkan satu-satu tugasan.
Memikirkan keadaan itu, ada yang mengambil peluang untuk menggunakan khidmat ‘orang luar’ untuk menyiapkan tugasan mereka.
Melihat khidmat tersebut seperti menguntungkan, ia bagaikan satu peluang untuk sesetengah pihak menjadikan ia sebagai satu bisnes.
Menerusi satu hantaran tular, inidvidu ini mendedahkan satu iklan yang menyediakan khidmat menyiapkan tugasan (assignment) untuk pelajar.
Dalam iklan berkenaan, mereka mempromosikan khidmat mereka kepada pelajar yang memerlukan.
“Nak healing tapi kena siapkan assignment? Korang hantar je assignment korang dekat admin. Jangan risau, servis kami terpaling pantas, berkualiti dan terpaling murah dalam Malaysia ni.
“Korang nak assignment due esok pun boleh,” katanya.
Rata-rata mengecam iklan berkenaan yang disifatkan bakal merosakkan masa depan generasi muda.