'Dalam perniagaan bukan hanya pentingkan untung atau rugi, tapi perlu ada persahabatan' - Bos Susu kongsikan kisah bantu rakan hingga berjaya | The Reporter

‘Dalam perniagaan bukan hanya pentingkan untung atau rugi, tapi perlu ada persahabatan’ – Bos Susu kongsikan kisah bantu rakan hingga berjaya

Nama beliau tidak asing lagi dalam dunia perniagaan malahan kerap muncul sebagai penaja utama dalam beberapa program stesen televisyen. Membawa nama Farm Fresh terkenal ke serata tempat, Azmi Zainal menjadi contoh kepada usahawan lain untuk terus berjaya dalam perniagaan.

Azmi Zainal atau dikenali sebagai Bos Susu seringkali berkongsikan kisah yang membawa satu inspirasi buat semua.

Menerusi hantaran terbaharu, Bos Susu berkongsikan kisah mengenai persahabatan beliau dengan seorang wanita yang berbangsa Cina. Walaupun sudah menempa kejayaan, Bos Susu tidak melupakan jasa baik rakannya yang dikenali semasa mula-mula bekerja di Jusco (Aeon) dulu.

Pandemik lalu, menemukan dia kembali bersama rakannya. Ketika pertemuan itu, rakannya yang dikenali sebagai Sofea menyatakan masalah yang dihadapi. Sofea menyatakan hasrat untuk bekerja dengan Bos Susu. Pada mulanya Bos Susu menyarankan Sofea untuk menjadi stokisnya, tetapi kerana kekangan kewangan, dia terpaksa menolak.

Namun begitu, Bos Susu meminta Sofea dan suaminya mencari kedai untuk disewa dan modal perniagaan mereka dipinjamkan oleh Bos Susu.

“Selepas setahun bisnes Sofea dan Ah Siang berkembang. Dia pun dah selesai bayar hutang dengan aku. Tak berapa lama tu diorang berdua datang jumpa aku lagi. Dia nak upgrade kedai ke warehouse sebab kedai dia dah tak muat. Aku bagi dia loan lagi RM40,000 untuk expand kan bisnes dia,” katanya.

Setelah dua tahun, pasangan tersebut datang berjumpa Bos Susu dan membayar hutang RM40,000.

Bisnes cecah RM25 juta setahun

“Hari ni bisnes sofea dan Ah Siang dah mencapai RM 25 juta setahun. Aku happy tengok dia dua orang dah stabil dan keluar dari kesusahan,” katanya.

Bagi Bos Susu, dalam perniagaan bukan hanya mementingkan keuntungan atau kerugian, tetapi perlu ada persahabatan.

“Kerjasama Sofea semasa dia kerja di Jusco, walaupun sekejap amat bermakna bagi aku dan Farm Fresh.

“Selamat Tahun Baru Cina kepada Sofea dan Ah Siang serta semua pelanggan dan warga Malaysia yang bebangsa Cina,” tulisnya.

Sumber: Azmi Zainal

Related Posts