Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membenarkan penarikan balik Mizz Nina terhadap kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka iaitu Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.
Bagaimanapun, aktivis kemanusiaan itu mengesahkan isu hak penjagaan penuh anak angkat sudah tidak perlu dibangkitkan lagi memandangkan dokumen penuhnya menyatakan dia sebagai penjaga Musa yang mutlak.
Dalam satu laporan, Mizz Nina berkata dia mengutamakan kebajikan anak angkatnya, dibesarkan dalam keadaan cukup terjaga dalam keluarga yang stabil.
“Musa ada mama dan baba, dia juga ada keluarga besar, jiran-jiran dan semua orang yang sayangkan dia, persekolahannya. Jadi saya mahu dia dibesarkan dengan cara yang terbaik,” katanya.
Tiada isu berbangkit
Sementara itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, Mizz Nina adalah ibu angkat Musa yang sah, justeru itu tiada isu yang berbangkit kerana kes kedua-dua kes sudah rasmi ditarik balik.
“Tiada isu apa-apa, seperti siapa yang nak melawat sebagainya. Kami sudah tarik balik kedua-dua kes dan mahkamah sudah benarkan kami untuk menarik balik dan pihak sana menyuarakan mengenai kos pentaksiran. Kos kecil sebab tiada apa tindakan yang diambil setakat ini.
“Hak anak angkat juga sudah diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina jadi tiada isu seperti kes hak penjagaan. Ini kes anak angkat bila anak angkat itu sudah diberikan kepada Mizz Nina sepenuhnya jadi tiada siapa boleh melawat.
“Keputusan muktamad adalah kepada ibu anak itu yang memutuskan untuk memberi hak penjagaan penuh kepada Mizz Nina,” katanya.
JPN sahkah jagaan di bawah Mizz Nina
Dalam pada itu, seorang lagi peguam yang mewakili Mizz Nina, Mahmud Abdul Jumaat juga menjelaskan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah sahkan hak jagaan memang di bawah nama Mizz Nina saja. Dia enggan orang ramai salah faham mengenai penarikan kes itu.
“Saya nak jelaskan agar orang tak salah faham. Ada orang cakap Mizz Nina buat penarikan itu sebab dia ubah fikiran dan sesetengah tak faham kenapa ditarik.
“Dalam JPN, hanya nama Mizz Nina seorang saja berdaftar. Berhubung kes hak penjagaan bersama kenapa dapatkan daripada pihak yang mendapat autoriti. Sebab itulah kami tarik balik sebab tak ada isu perlu dibicarakan dan diputuskan pihak mahkamah,” katanya.
Sumber: Harian Metro