Kes Bella: Kena pukul sebab ganggu adik orang? Mesej tular dedah punca kejadian | The Reporter

Kes Bella: Kena pukul sebab ganggu adik orang? Mesej tular dedah punca kejadian

Gambar tiga lelaki bersama di kelab malam yang dikaitkan dengan kes pukul mangsa
“Rindu trio saya” – Gambar tular timbulkan persoalan hubungan mangsa dengan suspek

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kes lelaki yang dibelasah beramai-ramai di Plentong kini semakin rumit selepas wujud percanggahan antara kenyataan mangsa dengan maklumat yang tersebar di media sosial.

Dalam laporan terdahulu, mangsa mendakwa dia tidak mengenali suspek yang memukulnya. Bagaimanapun, semakan di media sosial mendedahkan percanggahan apabila tersebar gambar mangsa bersama beberapa individu yang dipercayai suspek dalam satu hantaran TikTok yang menunjukkan mereka berhibur di sebuah premis dipercayai kelab malam.

Gambar itu dimuat naik dengan kapsyen “rindu trio saya”, sekali gus menimbulkan persoalan tentang dakwaan mangsa yang mengatakan dia tidak mengenali suspek.

Gambar yang tersebar di media sosial

Berita berkaitan:

Lebih hangat lagi, satu gambar tangkap layar mesej dari aplikasi WhatsApp turut tular memaparkan dakwaan seorang individu yang mendakwa mangsa sebenarnya berniat tidak baik terhadap seorang wanita dikenali sebagai Bella.

“Yang kena pukul tu nak main adik member aku. Terus kena pancing datang ke flat tu, lauk!” tulis pengguna yang dikenali sebagai Anchikkk dalam mesej berkenaan.

Gambar perbualan di aplikasi WhatsApp yang tular di media sosial

Sebelum ini, mangsa dalam satu kenyataan mendakwa dia telah dijemput oleh Bella untuk datang ke rumah kerana wanita itu tidak sihat dan memerlukan teman. Namun, sebaik tiba di lokasi, mangsa terus diserang sekumpulan lelaki sehingga mengalami kecederaan, menerima beberapa jahitan dan motosikalnya turut dirampas.

Dia turut mendakwa diperas ugut sebanyak RM3,000 oleh kumpulan terbabit, namun hanya mampu menyerahkan RM600.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan lapan individu termasuk Bella bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan kesemua mereka berusia antara 19 hingga 26 tahun dan kini direman selama enam hari.

Related Posts