'Dakwaan guru paling ramai palsukan MC, tuduhan tidak bertanggungjawab' - Fadhlina | The Reporter

‘Dakwaan guru paling ramai palsukan MC, tuduhan tidak bertanggungjawab’ – Fadhlina

Sumber Gambar: Berita Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru beberapa laporan menyebut, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendedahkan golongan guru adalah kumpulan penjawat awam paling ramai terlibat dalam salah laku memalsukan MC.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil serius laporan isu berkenaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata laporan berkenaan merupakan dakwaan yang tidak bertanggungjawab selain memberikan tanggapan buruk kepada profesion perguruan.

Katanya, lebih 400,000 orang guru di seluruh negara menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh komitmen dan berintegriti.

Jelasnya lagi, tatakelola penjawab awam sentiasa diberikan perhatian demi memastikan prestasi perkhidmatan terbaik buat masyarakat.

“Kementerian juga mempunyai peraturan yang jelas bagi menangani isu tatatertib penjawat awam,” katanya.

Menurut Fadhlina, pemantauan dilakukan secara berterusan pada setiap peringkat dan penjawat awam yang terlibat dalam sebarang salah laku akan dikenakan tindakan.

Sumber: Malaysia Gazette

Related Posts