'Dah minta maaf, tapi masih sindir cikgu?' | The Reporter

‘Dah minta maaf, tapi masih sindir cikgu?’

Kenyataan susulan lelaki tular terus cetus kecaman selepas isu hina kerjaya guru.
Walau sudah mohon maaf, video terbaharu lelaki tular ini kembali sentuh isu guru dan undang reaksi panas netizen.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Selepas menerima kecaman hebat berhubung kenyataannya yang dianggap memperlekeh kerjaya guru, lelaki bernama Zeekry Sam tampil memohon maaf menerusi satu video di TikTok. Katanya, dia tidak berniat menghina mana-mana pihak dan kesal kerana ayatnya menimbulkan kemarahan ramai.

“Pertama sekali saya minta maaf sebab ayat saya buat ramai terasa dan marah. Saya sedar itu salah saya dan saya berterima kasih di atas segala nasihat orang ramai,” katanya.

Dia turut menjelaskan bahawa dia tidak memiliki kereta Toyota Supra yang dirakam dalam gambar tersebut.

“Saya tak kata kereta itu milik saya. Ramai orang yang datang ambil gambar dengan kereta itu. Takkanlah saya nak mengaku itu kereta saya,” ujarnya.

@zeekry_sam

Terima kasih kerana tegur dan banyak memberi nasihat.Dan aku nk mintak maaf kerana membuatkan ramai terasa dengan kata kata#fyp #foryou #xybca #viral #fypage

♬ original sound – ZEEKRY – ZEEKRY

Baca juga:

Masih tidak minta maaf kepada golongan guru

Bagaimanapun, netizen mendapati tiada permohonan maaf khusus kepada golongan guru yang menjadi subjek asal sindirannya. Malah dalam video terbarunya, dia kembali menyebut tentang ‘guru’ dengan nada sinis:

“Akan ku ingat segala hinaanmu wahai ‘guru’ sempurna… Cikgu jangan hina orang yang tak lulus sebab rezeki itu ada di mana-mana.”

Video terbaru yang dimuat naik masih lagi memperlekehkan kerjaya guru | Sumber: TikTok Zeekry

Kenyataan itu dianggap menambah luka dalam kalangan guru dan netizen yang sebelum ini berharap isu berkenaan berakhir dengan keinsafan.

@zeekry_sam

akan ku ingat kan segala hinaan mu wahai guru sempuna#fyp #foryou #xybca #viral

♬ suara asli – keya – lero.
Netizen kecam, persoal adab dan niat

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan itu dan menganggap permohonan maafnya tidak ikhlas. Ramai menyifatkan kekayaan atau kemewahan tidak boleh menggantikan adab dan budi bahasa, lebih-lebih lagi terhadap golongan pendidik.

Ada yang mengingatkan bahawa menghormati guru adalah sebahagian daripada tuntutan agama dan budaya, malah beberapa komen menegaskan bahawa ramai tokoh berjaya dan kaya tetap menyanjung jasa cikgu mereka.

Related Posts