'Dah macam Romeo dan Juliet' - Ibu Syed Saddiq | The Reporter

‘Dah macam Romeo dan Juliet’ – Ibu Syed Saddiq

Syed Saddiq
Sumber Gambar: Instagram Bella Astillah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Gandingan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah sebagai model sebuah jenama pakaian terkenal semakin menjadi perhatian ramai. Kedua-dua mereka dilihat seolah bukan hanya sebagai gandingan model, malahan turut disifatkan netizen pasangan yang sedang hangat bercinta.

Bukan hanya diusik di Dewan Rakyat, sudah tentunya juga menjadi usikan dalam keluarga.

Beberapa hantaran siaran langsung di TikTok abangnya, Space Dollah tular apabila dia seolah memberikan ‘green light’ buat adiknya. Lagi mencuri tumpuan, apabila Syed Abdullah turut bertanyakan kepada ibunya, Sharifah Mahani mengenai perkara tersebut.

Sharifah Mahani turut mengulas video di hantaran Syed Saddiq yang berenang sambil diperhatikan Bella. Menerusi video berkenaan juga, disertakan muzik lagu ‘Sumpah dan Cinta Matiku’.

“Macam Romeo dan Juliet. Tengok pada sikapnya yang sanggup berenang dari satu penjuru ke satu penjuru, dengan emak dia pun tidak pernah buat… tidak pernah berenang, tidak pernah naik gunung. Kita tengok lah,” katanya.

Rata-rata memuji sikap Sharifah Mahani yang dilihat secara santai, lemah-lembut dan bersahaja menjawab soalan yang diberikan.

Terdahulu, Syed Saddiq yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi mendapatkan sumbangan untuk pengundi di kawasan Parlimennya.

Katanya, ia susulan usahanya bagi mendapatkan peruntukan daripada kerajaan masih belum menemui hasil.

Related Posts