“Apa semua ni? Apa semua ni sayang!” demikian kata-kata Nur Surainy, wanita yang mencekup suaminya kantoi curang dalam kereta dalam video tular di media sosial dan kejadian itu berlaku di Muar, Johor.
Video yang tular di media sosial itu dirakam sendiri oleh pengadu yang turut mempersoalkan mengapa lelaki itu sanggup mengkhianati rumah tangga mereka.
“Suruh dia (penyondol) turun. Dia ambil suami saya,” kata pengadu.
Wanita yang dikatakan berasal dari Indonesia itu kemudian keluar dari kereta dan memberi alasan mahu mengambil durian, tetapi sempat dihalang oleh pengadu
“Kau siapa?! Apa masalah kau?! Aku dah agak dah kau (kacau suami aku),” kata pengadu.
Hatinya bertambah remuk apabila mendengar lelaki itu memaklumkan dia sudah tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap pengadu.
“Sudahlah, aku dah tak nak kau dah,” kata si suami sambil melindungi kekasihnya dari diserang oleh isterinya.
Suami banyak berubah selepas kenal penyondol
Menurut pengadu, dia sudah lama mengetahui perbuatan suaminya. Namun, dia tidak mempunyai sebarang bukti.
“Selalu tengok orang je, kali ini aku yang kena. Sakit dia makan dalam. Dia dah banyak kali keluar bersama, cuma takde bukti je.
“Dari awal laki aku kerja di tempat tu, aku dapat rasa perubahan dia ketara sangat. Aku menyesal suruh dia masuk balik kerja dekat situ. Diorang dah lama bersama dalam kilang tanpa pengetahuan aku.
“Dah banyak kali kantoi, tapi dia salahkan aku balik. Sekarang, Allah bukakan hati aku untuk cari laki aku pada malam Jumaat tu juga. Allahamdulillah Allah tunjukkan juga. Patutlah selama bersama dia, mesti dia menjauh dari aku. Sampai anak pun jarang jumpa dengan dia. Time cuti pun boleh kira berapa kali je dia pegang dan jaga anak.
“Aku ni kalau dah sayang memang susah nak lepaskan. Tapi kalau dah dia menyeksa jiwa dan hati aku, memang aku tak terima dan akhirnya aku berpisah jua. Terima kasih kerana menjadikan aku isteri kau selama tiga tahun yang sia-sia,” katanya yang kini sedang dalam proses menuntut keadilan di mahkamah.