Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Suasana cuti empat hari bersempena Hari Malaysia baru-baru ini menyaksikan Langkawi terus meriah dengan kehadiran pelancong. Hotel penuh ditempah, feri beroperasi hampir sepenuhnya, sekali gus menolak dakwaan kononnya jumlah ketibaan pelancong ke pulau legenda itu merosot sehingga 39 peratus.
Menurut Timbalan Presiden Persatuan Perniagaan Langkawi, Datuk Issac Alexander, angka yang dipetik dalam laporan tersebut tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana tidak disemak bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
“Selepas tempoh pandemik, memang sektor pelancongan perlahan. Tetapi sekarang momentum sudah kembali. Laporan yang mendakwa sebaliknya adalah tidak tepat dan hampir bersifat berita palsu,” jelasnya kepada The Vibes.
Baca juga:
- Kakitangan SESB dihanyut arus deras, ditemui meninggal dunia
- Dua beranak maut dalam kereta, lemas terhidu gas karbon monoksida
- Langkawi penuh sempena cuti Hari Malaysia, nafi dakwaan pelancong merosot 39%
Langkawi tidak wajar dibandingkan dengan Hatyai
Beliau juga menegaskan Langkawi wajar dilihat sebagai destinasi keluarga yang berbeza dengan Hatyai yang lebih sinonim dengan hiburan malam.
“Kalau mahu banding, lebih sesuai dengan Phuket atau Bali, walaupun dari segi saiz dan populasi, Langkawi jauh lebih kecil. Tetapi potensi untuk berkembang sangat besar,” katanya.
Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah dan Perlis, Eugene Alan Dass, pula menjelaskan angka awal yang memetik kadar penginapan serendah 50 peratus adalah mengelirukan kerana ia hanya melibatkan beberapa hotel terpilih di Kuah dan pesisir pantai serta diambil sebelum cuti Hari Malaysia bermula.
Bagi penggiat pelancongan, Eric R. Sinnaya, tumpuan sepatutnya diberi kepada kualiti pelancong, bukan jumlah semata-mata.
“Kita tidak mahu kehadiran yang terlalu ramai sehingga mencetuskan pencemaran. Apa yang diperlukan ialah keseimbangan, cukup untuk semua pemain industri mendapat pulangan, sambil menarik pelancong yang sanggup berbelanja dan menghargai ketenangan Langkawi,” katanya.