Netizen tegur tak classy, ini jawapan penuh ‘berapi’ dari Cik Epal | The Reporter

Netizen tegur tak classy, ini jawapan penuh ‘berapi’ dari Cik Epal

Cik Epal jawab kecaman netizen tentang sikapnya di Instagram

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Selepas disindir tidak ‘move on’ berikutan reaksinya terhadap perkahwinan bekas suami, Jofliam dan Dewi, Cik Epal tampil memberi jawapan balas kepada netizen.

Menerusi satu hantaran di Instagram, dia menulis:

“Dengar sini. Aku tak pernah hadap validation orang untuk nampak aku ‘classy’. Aku hanyalah seketul Cik Epal gonjeng dari dulu sampai sekarang. Kau suka aku, Alhamdulillah. Kalau tak suka aku, aku tak pernah kisah.

“Aku enjoy saja menjadi diri aku. Aku lagi prefer kau benci aku sebab aku jadi diri sendiri daripada kau suka aku sebab aku berperangai munafake.

“Kalau aku tak kena dengan tekak kau, kau cari lah orang yang sesuai dengan tekak kau. Mudah bukan? Aku tak kan boleh puaskan tekak semua orang.

“Paham ke idok? Kalau tak paham, nanti aku lukis,” katanya.

Terdahulu, Cik Epal menjadi perhatian selepas memuat naik hantaran yang dipercayai menyindir perkahwinan Jofliam dan Dewi.

Dalam hantaran tersebut, dia mengucapkan “tahniah Han & Yuki dapat bibik baru”, selain menyifatkan pasangan itu sebagai “match made in hell”.

Related Posts