CEO Sabah Electricity zahirkan penghargaan anggota kerja | The Reporter

CEO Sabah Electricity zahirkan penghargaan anggota kerja

CEO Sabah Electricity gagal tahan sebak ketika sampaikan penghargaan buat warga SESB.
Gambar: Tangkap layar TikTok MyCommunitynewssabah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Datuk Ir Ts. Mohd Yaakob Jaafar menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kerja syarikat itu yang sentiasa berusaha keras memastikan bekalan elektrik disalurkan kepada rakyat Sabah.

Dengan nada sebak, beliau menegaskan bahawa biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran, kutukan mahupun kritikan, setiap anggota kerja SESB tetap teguh dengan semangat dan iltizam mereka.

“Kepada semua anggota kerja Sabah Electricity, saya ucapkan terima kasih kerana bekerja tanpa mengira penat lelah. Walau apapun tomahan atau kritikan yang dilemparkan, niat kita tetap sama, memastikan bekalan elektrik sampai kepada pengguna di seluruh Sabah,” katanya.

Datuk Ir Ts. Mohd Yaakob turut menegaskan bahawa dedikasi dan semangat juang warga kerja SESB menjadi tonggak kepada kestabilan tenaga negeri ini.

“Kita abaikan segala kutukan dan pandangan negatif. Yang lebih utama adalah usaha dan niat murni kita dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” ujarnya lagi.

@mycommunitynewssabah

Empat hari tanpa tidur, berpanas dan berhujan. Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar, akhirnya tidak mampu menahan sebak melihat usaha pasukan berjaya memulihkan bekalan elektrik untuk rakyat. Air mata yang gugur itu adalah saksi pengorbanan barisan hadapan. #Sabahelectricity #mcnsabah #communitynews #Sabah

♬ original sound – MyCommunitynewsSabah – MyCommunitynewsSabah
Baca juga:

Terdahulu, Sabah Electricity Sdn Bhd mengesahkan seorang kakitangannya dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika bertugas di sebuah kampung di Keningau.

Sabah Electricity dalam satu kenyataan berkata, pasukan penyelamat bersama pihak berkuasa berkaitan telah digerakkan ke lokasi dan usaha pencarian sedang giat dijalankan.

Masdeh Rosmin, 35, dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika menjalankan kerja penyelenggaraan bekalan elektrik di Kampung Nuntunan Apin-Apin, kira-kira jam 9.50 malam, 16 September lalu.

Difahamkan, Masdeh yang menetap di Kampung Bingkor, Keningau sedang menanti detik kelahiran cahaya mata pertama bersama isterinya.

@damaroml

KAKITANGAN SE YANG HILANG, SEDANG TUNGGU KELAHIRAN CAHAYA MATA KENINGAU : KAKITANGAN SABAH ELECTRICITY YANG HILANG DIHANYUTKAN ARUS DERAS, SEDANG MENANTI DETIK BAHAGIA KERANA ISTERINYA SEDANG MENUNGGU HARI UNTUK MELAHIRKAN CAHAYA MATA MEREKA. BAGAIMANA PUN, MASDEH ROSMIN, 35 TAHUN, DILAPORKAN HILANG KETIKA MENYELENGGARA BEKALAN ELEKTRIK DI KAMPUNG NUNTUNAN APIN-APIN, KIRA-KIRA JAM 9.50 MALAM, 16 SEPTEMBER 2025. DIFAHAMKAN, OPERASI PENCARIAN KAKITANGAN SE YANG MENETAP DI KAMPUNG BINGKOR, KENINGAU ITU DIPERLUASKAN PIHAK BERKUASA. KETUA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT (BBP) KENINGAU, SEVERINUS @ MOHD NIDZAM SAINKUI BERKATA, PENCARIAN DIPERLUASKAN SEHINGGA LINGKUNGAN LIMA KILOMETER KE ARAH HILIR SUNGAI. KATANYA, PENCARIAN TURUT MELIPUTI SEHINGGA 1.5 KILOMETER KE HULU SUNGAI SEHINGGA KE KAWASAN KUARI, KAMPUNG KADALAKAN. #SABAHREVOLUSI #KAKITANGANSE #JusticeForZara #fy

♬ original sound – di_barba_shop YouTube

Sumber: My Community News Sabah

Related Posts