Calon lahir tahun anjing, dilarang mohon kerja sebab akan ditolak secara automatik - The Reporter

Calon lahir tahun anjing, dilarang mohon kerja sebab akan ditolak secara automatik

Foto hiasan

Sebuah syarikat di Guangzhou, wilayah Guangdong, China, telah mencetuskan kontroversi selepas memuat naik iklan kerja yang meminta calon yang lahir pada tahun anjing tidak memohon kerana mereka akan ditolak secara automatik.

Iklan tersebut yang mencari kakitangan pentadbiran dengan pengalaman kerja dan kemahiran dalam perisian pejabat, menawarkan gaji bulanan sehingga 4,000 yuan. Namun, apa yang benar-benar menarik perhatian orang ramai adalah satu baris pendek meminta individu yang lahir pada tahun anjing untuk tidak menghantar resume mereka.

Tindakan ini telah mencetuskan kemarahan di media sosial China, di mana ramai yang menuduh syarikat tersebut melakukan diskriminasi.

Menurut sumber dalaman syarikat tersebut, majikannya dilahirkan pada tahun naga dan percaya bahawa beliau tidak serasi dengan individu yang lahir pada tahun anjing.

“Mengambil pekerja yang lahir pada tahun anjing akan merugikan perkembangan syarikat, jadi beliau menekankan calon yang lahir pada tahun anjing tidak perlu menghantar resume,” katanya.

Diskriminasi bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam pasaran kerja di China, tetapi keanehan “diskriminasi zodiak” ini telah mencetuskan kemarahan di kalangan netizen. Ramai yang menasihatkan mereka yang lahir pada tahun anjing mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut.

“Saya selalu susah nak mencari kerja selepas umur 35 tahun, tetapi tidak sangka tanda zodiak saya boleh menjadi masalah,” tulis netizen.

“Apa salahnya saya lahir pada tahun anjing? Bukannya saya ada rabies,” tambah netizen lain.

Sumber: Oddity Central

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!