Caj RM1 bilik berhawa dingin: KPDN sahkan restoran nasi lemak terkenal tidak lakukan kesalahan - The Reporter

Caj RM1 bilik berhawa dingin: KPDN sahkan restoran nasi lemak terkenal tidak lakukan kesalahan

Restoran nasi lemak caj bilik berhawa dingin

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Sebuah restoran nasi lemak terkenal di Kampung Baru, Kuala Lumpur, yang mengenakan caj RM1 untuk pelanggan yang ingin menikmati bilik berhawa dingin disahkan tidak melanggar undang-undang oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pengesahan ini dibuat susulan sebaran hantaran di aplikasi X yang memaparkan resit caj bilik berhawa dingin bernilai RM1 pada 5 November lalu.

Menurut KPDN, hasil pemeriksaan mendapati caj tersebut telah dipamerkan dengan jelas di pintu masuk dan di cermin bilik berhawa dingin, bagi memudahkan pelanggan mengetahui caj tambahan itu.

Caj ini hanya dikenakan kepada pelanggan dewasa, manakala kanak-kanak di bawah 10 tahun tidak dikenakan bayaran.

Pihak restoran menjelaskan, caj RM1 ini telah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu, dan setiap bayaran dinyatakan di resit sebagai bukti.

Pemeriksaan juga mendapati sistem penghawa dingin berfungsi dengan baik, dan setakat ini, tiada aduan diterima daripada pelanggan mengenai caj tersebut.

Sebagai langkah menjaga reputasi, pihak restoran telah membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas hantaran tersebut tular di media sosial.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!