Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pergerakan perlahan Bulan yang semakin menjauh dari Bumi mungkin kelihatan remeh, tetapi kesannya sangat besar — ia boleh menyebabkan waktu siang menjadi lebih panjang dan mungkin mengganggu keseimbangan musim di Bumi.
Menurut saintis, fenomena ini berlaku disebabkan oleh tarikan graviti dan kesan pasang surut air laut. Apabila Bulan menarik air laut Bumi, ia menyebabkan air laut naik dan membentuk gelombang pasang. Namun kerana Bumi sedang berputar, gelombang pasang itu tidak berada tepat di bawah Bulan, sebaliknya berada sedikit ke hadapan. Keadaan ini menghasilkan tarikan yang perlahan-lahan menolak Bulan semakin jauh dari Bumi.
Kesan daripada daya tarikan ini, Bulan perlahan-lahan ditolak keluar dari orbitnya, menjauhi Bumi pada kadar kira-kira 3.82 sentimeter setahun. Pada masa yang sama, putaran Bumi juga menjadi semakin perlahan — menyebabkan hari di Bumi semakin panjang sekitar 1.7 milisaat setiap 100 tahun.
Dr Maggie Aderin-Pocock, saintis angkasa lepas, menjelaskan bahawa pada zaman awal kewujudan Bumi, sehari hanya mengambil masa lima jam. Namun selepas lebih 4.5 bilion tahun dipengaruhi tarikan Bulan, kita kini mengalami hari sepanjang 24 jam — dan ia akan terus bertambah panjang dari semasa ke semasa.
- Kerajaan mungkin pertimbang potong gaji menteri jika ekonomi semakin mencabar
- Isu aurat dalam tahanan: Muslimat PAS gesa penambahbaikan segera
- Kisah ‘Mahasiswa Abadi’: Tesis didakwa diambil rakan, Dessy kini alami tekanan mental
- 21 dulang emas bernilai RM9.7 juta dilarikan 4 lelaki bersenjata
- Ustaz Elyas tegur wanita kritik hidangan raya
“Walaupun pergerakannya nampak kecil, dalam tempoh yang sangat panjang ia boleh mengubah kelajuan putaran Bumi dan seterusnya mengganggu kestabilan planet,” katanya memetik laporan BBC.
Tambah beliau, para saintis menggunakan cermin yang ditinggalkan angkasawan Apollo di Bulan dan menembak laser untuk mengukur jarak secara tepat. Kajian terhadap corak pertumbuhan terumbu karang purba turut menunjukkan bahawa bilangan hari dalam setahun semakin berkurang, membuktikan hari semakin panjang.
Dr Aderin-Pocock memberikan contoh mudah — Bumi seperti pinggan yang berpusing di hujung batang. Kalau pinggan itu berpusing perlahan, ia akan hilang keseimbangan dan jatuh. Begitu juga dengan Bumi, kalau putarannya semakin perlahan, ia boleh jadi tidak stabil dan menyebabkan musim berubah-ubah secara tidak menentu.
Walaupun manusia mungkin boleh menyesuaikan diri, katanya, haiwan liar lebih sukar untuk bertahan jika perubahan ini berlaku dengan cepat. Kebanyakan haiwan tak sempat berubah atau belajar untuk tidur panjang atau berpindah sebelum keadaan jadi semakin teruk.








