'Bukan kerana kecewa dengan KPM' - Cikgu Mohd Fadli Salleh bersara awal, akui masih sayangkan dunia pendidikan - The Reporter

‘Bukan kerana kecewa dengan KPM’ – Cikgu Mohd Fadli Salleh bersara awal, akui masih sayangkan dunia pendidikan

Cikgu Mohd Fadli Salleh, seorang pendidik yang dikenali ramai kerana suaranya yang lantang dalam isu pendidikan, telah mengumumkan pengunduran dirinya melalui hantaran di Facebook. Keputusan ini telah mengejutkan dan menyedihkan ramai pengikutnya.

Cikgu Fadli, yang telah berkhidmat di beberapa sekolah termasuk SK Mambang, Pekan, Pahang; SK Taman Melawati 2; dan SK 1 Gombak, tidak mendedahkan punca di sebalik keputusannya untuk mengundur diri. Beliau hanya berkata, “Banyak sebenarnya ingin ditulis, tapi tak tahu di mana perlu bermula. Ah, biarlah aku pendam sahaja segalaya.”

Walaupun ada dakwaan yang mengatakan Cikgu Fadli mengundur diri kerana kecewa dengan Kementerian Pendidikan (KPM), beliau menafikan dakwaan tersebut. Menurutnya, keputusan untuk bersara awal bukan kerana kecewa dengan KPM. Sebaliknya, beliau sangat menyayangi KPM dan dunia pendidikan.

“Sedikit pencerahan. Saya memilih bersara awal bukan kerana kecewa dengan KPM. Bahkan saya terlalu sayangkan KPM dan dunia pendidikan.

“Cuma adab Melayu, bila bertandang ke rumah orang, tidak molek kita membuat onar sesuka hati.

“Saya tidak mahu jadi tetamu yang biadab terhadap tuan rumah yang baik hati. Kerana kasih dan menghormati tuan rumah, saya undur diri,” katanya.

Cikgu Fadli juga menegaskan bahawa beliau akan terus berada dalam bidang pendidikan, cuma berbeza haluan. “Suara saya akan sentiasa ada,” katanya, menambahkan rasa terima kasih kepada seluruh warga KPM dan meminta maaf atas apa jua salah silap selama ini.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!