Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Heboh diperkatakan berita mengenai dua beradik yang memandu kereta Toyota Vios milik keluarganya sehingga terbabit kemalangan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi, kelmarin.
Dua beradik berkenaan dikatakan memandu kereta tersebut sejauh 2.5 KM tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
Pelbagai spekulasi mula timbul dan ada yang berasa musykil dengan keupayaan dua beradik itu yang berusia enam tahun dan tiga tahun ‘mengemudi’ kereta tersebut.
Terbaru, tular pula satu rakaman perbualan dipercayai kanak-kanak terbabit dengan seorang wanita, bercerita mengenai apa yang berlaku pada malam kejadian.
Kanak-kanak lelaki itu menafikan dirinya memandu kenderaan jenis sedan itu. Sebaliknya ia dipandu oleh seorang lelaki tua yang dipanggil sebagai Tok Wan.
“Dapat cerita dari orang kampung yang rapat dengan mak budak-budak ini, budak itu cerita yang bawa kereta itu adalah orang tua berbadan besar hitam dan berbulu
“Seorang lagi pakcik duduk di sebelah dan seorang lagi duduk di belakang. Yang si abang duduk di atas riba pakcik tua bawa kereta. Pak cik tua yang ajak (mereka) pergi ke kedai Tok,” tulis satu mesej.
Rata-rata netizen juga keliru dan hairan dengan keupayaan kanak-kanak itu dan mendakwa mungkin ada unsur seram yang tidak dapat dirungkai.
Pihak polis masih menjalankan siasatan di bawah seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: TikTok asyhkmshl_98, Astro Awani








