Buka 3 premis hiburan haram di Taman Semarak, 92 warga Myanmar yang sedang 'berparti sampai pagi' ditahan polis - The Reporter

Buka 3 premis hiburan haram di Taman Semarak, 92 warga Myanmar yang sedang ‘berparti sampai pagi’ ditahan polis

Sumber gambar: NSTP

Serbuan Polis Kontinjen Negeri Sembilan bersama Jabatan Imigresen di premis yang dijadikan sebagai pusat hiburan secara haram malam kelmarin berjaya menahan 92 warga Myanmar yang sedang khusyuk berhibur.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya terdahulu menerima aduan daripada orang awam mengenai kewujudan pusat hiburan haram itu di Taman Semarak.

Bertindak di atas aduan itu, serbuan telah dilakukan pada jam 10.30 malam dan mendapati tiga premis tersebut telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai pusat hiburan warga asing. Malah ia turut menjadi tempat untuk melakukan kegiatan pelacuran.

“Kami menahan 92 warga Myanmar termasuk 65 lelaki. Seramai 39 daripadanya didapati melanggar pelbagai kesalahan imigresen dan telah diserahkan kepada Imigresen.

“Manakala selebihnya dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Nilai untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan, pusat hiburan haram itu telah beroperasi sejak lapan bulan lalu. Pihak berkuasa pernah menyerbu premis tersebut, namun pemiliknya masih berdegil dan beroperasi tanpa lesen sehingga jam 6 pagi.

Bagaimanapun, polis tidak menemui sebarang bukti yang berkaitan dengan kegiatan pelacuran seperti yang didakwa oleh orang awam.

Selain menyediakan minuman keras tanpa cukai, pintu premis juga dilengkapi dengan kata laluan. Hanya pelanggan yang dikenal pasti sahaja boleh dibenarkan masuk ke premis yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

Pemilik turut mengupah ‘jaga air’ warga Myanmar untuk menyampaikan maklumat sekiranya mengesan kehadiran pihak berkuasa.

Sumber: Buletin TV3

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!