Budak 2 tahun maut akibat tertinggal dalam kereta lebih 7 jam, ibu didakwa di mahkamah - The Reporter

Budak 2 tahun maut akibat tertinggal dalam kereta lebih 7 jam, ibu didakwa di mahkamah

Awal November lalu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta ibunya, lebih dari tujuh jam.

Menurut siasatan polis, Nur Sari Fardiana Mohd Amran, 38, sudah sampai di tadika pada jam 7 pagi dan menyelesaikan dahulu urusan perniagaannya secara online. Selepas selesai, dia terus pulang ke rumah tanpa menyedari anaknya belum dihantar ke tadika.

Nur Sari Fardiana hanya menyedari perkara itu pada jam 3.35 petang, lalu bergegas mendapatkan mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia.

Semalam, ibu kepada dua anak itu didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan pengabaian terhadap mangsa.

Tertuduh bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Anis Hakimah Ibrahim mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Peguam yang mewakili tertuduh, Datuk Hanif Hassan, merayu kadar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya mengalami trauma selepas kejadian itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin. Selain itu perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

30 Januari 2024 untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!